Howz My Blog?

Search This Blog

Loading...

Monday, December 20, 2010

Folio Sejarah Tingkatan 2

To those searchers for examples of a folio for your school project, here's a sample of the folio. MY FOLIO. I found it in my old folders and so, to not let it go to waste, i'll share the copyright with you.

Feel free to copy and paste (BUT NOT WORD FOR WORD)! After all, last time I copied it from all over the net. Here it goes.

FOLIO SEJARAH

TAJUK:

TOKOH SEJARAH TEMPATAN

TUN DATUK SERI DR. MAHATHIR

BIN MOHAMAD

NAMA: ____________________________

TINGKATAN: ___________________________

NAMA GURU: PN. FAZLINA BT ABDUL HALIM


ISI KANDUNGAN

Bilangan

Tajuk

Muka Surat

1

Penghargaan

1

2

Objektif Kajian

2

3

Kaedah Kajian

3

4

Laporan kajian:-

  1. Biodata Tokoh
  2. Pendidikan Tokoh
  3. Pencapaian dan Kejayaan Tokoh
  4. Sifat-sifat istimewa Tokoh

4-9

5

Sumbangan tokoh terhadap Masyarakat Setempat

10-14

6

Rumusan Laporan

15

7

Lampiran & Senarai Rujukan

16

PENGHARGAAN

Yang pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran sejarah saya, Pn. Fazlina Bt Abdul Halim kerana memberi penerangan dan rangka tulang kasar untuk membuat folio sejarah ini.

Saya juga ingin menerima kasih kepada ibu bapa saya kerana mengizinkan saya melayari internet untuk mencari maklumat untuk folio ini dan juga memberikan idea kepada saya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada adik saya atas kesabarannya dengan menunggu sehingga saya siapkan folio ini baru bermain dengannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan saya membuat folio ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

  • Latar belakang Dr. Mahathir
  • Mengetahui sumbangan dan pengorbanan Dr. Mahathir kepada pembangunan Negara
  • Memahami bagaimana sejarah Negara berlaku dan berkembang

Selain daripada tujuan itu, saya juga membuat folio ini untuk

  • Memupuk nilai-nilai murni yang ada pada Dr Mahathir
  • Mendapat markah untuk membantu dalam ujian sejarah saya J

Kaedah Kajian

Saya menjayakan tugasan folio dengan menggunakan kaedah penyelidikan maklumat. Saya mendapat maklumat berkaitan dengan Dr. Mahathir dengan merujuk kepada surat khabar New Straits Times, Edisi Khas tahun 2005, buku “The Paradoxes of Mahathirism” dan melayari laman web Wikipedia.

LAPORAN KAJIAN

1.0 Biodata Tokoh

1.1 Maklumat Peribadi Tokoh




Nama : Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

(Jawi: محضير بن محمد) (华文:马哈迪医生)

Tarikh Lahir : 20 Disember 1925 (umur 82)

Tempat Lahir : Di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah

Pasangan : Siti Hasmah

Tarikh Perkahwinan : 5 Ogos, 1956

Anak-anak beliau : Marina Mahathir ,Mirzan Mahathir ,Melinda Mahathir ,Mokhzani Mahathir ,Mukhriz Mahathir ,Maizura , dan Mazhar .

Nama Ibu bapa Dr. Mahathir : Encik Mohamad bin Iskandar, dan ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi

Agama : Islam

Pekerjaan : Doktor

Jawatan : Perdana Menteri Malaysia

Dalam Pejabat : 16 Julai 1982 - 31 Oktober 2003

Digelarkan : Dr. M

Parti Politik : Barisan Nasional, UMNO

Dikenali Sebagai : Bapa Pemodenan Malaysia

Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.

Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, yang mana ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan diri sebagai Melayu yang tulen.

1.2 Latar Pendidikan

Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

1.4 Sifat-Sifat Istimewa Tokoh

Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang terus terang dan yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asiakapitalisma autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisma Amerika Syarikat dan kapitalisma dasar tidak campur tangan (laissez-faire).

1.5 Pengembangan Kerjaya/Pekerjaan

Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.

Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star. Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Dr. Mahathir Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun 1981, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan; Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) di samping memegang jawatan Perdana Menteri;

Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya

1.0 Kejayaan dan Sumbangan Dr. Mahathir

2.1 Kejayaan dan Rintangan Dr. Mahathir dalam Membangunkan Negara

Yang berikut ialah garis masa Dr. Mahathir. Beliau telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran serta kejayaan dalam membangunkan negara.

  • 1973: Dilantik sebagai senator.
  • 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
  • 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
    • Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
  • 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
    • Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
  • 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama"..

2.2 Jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada negara

Dr. Mahathir telah merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. Beliau juga menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah projek kereta nasional dan menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi 1997.

Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia serta pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion ialah jasa Dr. Mahathir yang amat besar

Selain itu, Dr. Mahathir juga telah merasmikan Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia dan mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003.

Beliau juga telah menjalankan program Polisi Ekonomi Yang Baru bagi menguruskan

struktur masyarakat Malasyia dan mempromosikan perpaduan nasionaliti dengan

memajukan bangsa melayu dengan membantu mereka untuk masuk universiti dan

mencari pekerjaan.

2.0 Rumusan

3.1 Pendirian penulis terhadap Dr. Mahathir

Saya memberi kehormatan kepada Dr. Mahathir kerana beliau merupakan seorang

pemimpin yang seimbang dan sensitif terhadap apa yamg berlaku di sekeliling. Dalam

pentadbiran Dr. Mahathir, beliau penuh dengan kombinasi paradoks--- seorang pemalu

tetapi juga berkonfiden, lembut tetapi juga agresif, sentimantal malahan bijaksana, bervisi

bahkan pragmatis.

3.2 Sifat-sifat Dr. Mahathir yang boleh dijadikan contoh dan panduan hidup

Dr. Mahathir mempunyai banyak sifat yang boleh dijadikan contoh dan panduan hidup. Sifat beliau yang menguruskan masa dengan baik, berdedikasi dan berterus terang ialah panduan dan sifat yang boleh kita mencontohi.

Sifat Dr. Mahathir yang boleh menguruskan masa dengan baik membolehkannya membuat banyak kerja dalam satu masa yang singkat, dan dengan sempurna sekali. Beliau yang sangat berdisiplin ini boleh dijadikan contoh dan panduan kehidupan kita. Dr. Mahathir sangat berminat terhadap kerjanya sebagai seorang ahli politik. Ini menunjukkan belia ialah seorang pemimpin yang berdedikasi.

Dr, Mahathir ialah seorang yang berterus terang. Sikap ini boleh dilihat apablia beliau dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, oleh sebab pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah meluahkan pemikirannya dengan berterus terang dan mengkritik cara pentadbiran Tunku.

3.3 Rumusan dan penutup

Sebagai rumusan, kita haruslah sentiasa mengingati jasa-jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada rakyat dan negara. Kita juga mesti menilaikan Dr. Mahathir kerana beliau telah melalui pelbagai kejayaan dan rintangan dalam membanunkan negara Malaysia ini. Kita juga mestilah mengikuti sifat-sifat Dr. Mahathir dan menjadikan hidup beliau sebagai panduan kehidupan kepada semua orang.

Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

Pemimpin

Pembimbing

Penjaga Maruah Negara

Pelukis Wawasan Negara

Pejuang dan Guru Bangsa

Cendekiawan Antarabangsa

Pengemudi Kejayaan Negara

Bagaikan Bapa Rakyat Malaysia

Terima Kasih...

Kau Inspirasi Rakyat Jelata

Senarai Rujukan:

Ø http:/www. wikipedia.com/mahathirmohamad

Ø Khoo Boo Teik.Paradoxes of Mahathirism.Oxford University Press. Muka surat 127

Ø Surat Khabar The StarSpecial (Jumaat , 31 Oktober 2003) m/s 3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...